Monday, April 12, 2010

Tanah Pamah

Kepentingan Kawasan Tanah Pamah

Terdapat beberapa kepentingan tanah pamah dan dataran di Malaysia iaitu:

  • Tumpuan Penduduk dan Petempatan
Ini kerana kebanyakan kegiatan ekonomi tertumpu di kawasan tanah pamah.
Contoh lokasi: Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.
  • Tapak Perindustrian
Contoh lokasi: Lembah Klang, Perai, Sandakan, Bintulu dan Likas.
  • Perlombongan
Kaya dengan sumber mineral seperti bijih timah.
Contoh lokasi: Lembah Kinta.
  • Pertanian
Penanaman Padi - tanih aluvium yang subur.
Contoh lokasi: Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Delta Rajang.
Penanaman Getah, Koko dan Kelapa Sawit - tanih laterit dan bersaliran baik.
Contoh lokasi: Dataran Johor
  • Jaringan Pengangkutan dan Perhubungan
Kos pembinaan yang lebih murah untuk membina jalan raya dan jalan kereta api.
Contoh lokasi: Kuala Lumpur, Tumpat, Johor Bahru.

1 comment: