Friday, May 14, 2010

Kepentingan Saliran

Terdapat beberapa kepentingan saliran di Malaysia iaitu:

  • Tapak Tamadun dan Pusat Perdagangan Awal

Di lembah dan muara sungai di negara kita.

Contoh: - kuala Sungai Muda di Kedah

- muara Sungai Melaka di Melaka

- lembah Sungai Kinta di Perak

  • Sempadan

Menjadi sempadan daerah, negeri atau antarabangsa.

Contoh: - Sungai Golok memisahkan Kelantan dengan Thailand (sempadan antarabangsa)

- Sungai Bernam memisahkan Selangor dengan Perak (sempadan negeri)

  • Hidroelektrik

Kuasa hidroelektrik dihasilkan daripada empangan yang dibina.

Contoh: - Empangan Chenderoh, Perak

- Empangan Kenyir, Terengganu

- Empangan Batang Ai, Sarawak

  • Sumber Pengairan

Membolehkan penanaman padi dua kali setahun

Contoh: - Projek Pengairan Muda di Sungai Muda (mengairi Dataran Kedah)

- Projek Pengairan Kemubu di Sungai Kelantan (mengairi Dataran Kelantan)

  • Pengangkutan

Terutama di kawasan pedalaman. Contoh: Sungai Rajang, Sarawak.

Turut digunakan untuk menghanyutkan kayu balak dari kawasan pembalakan ke kilang

papan dan pelabuhan.

  • Pelancongan dan Rekreasi

Air terjun di bahagian hulu sungai dijadikan pusat perkelahan.

Contoh: - Air Terjun Kota Tinggi, Johor

- Air Terjun Sekayu, Terengganu

  • Sumber Ikan Air Tawar

Kaya dengan hidupan air

Contoh: ikan tilapia, ikan jelawat dan udang galah.

  • Dataran Aluvium

Tanah yang subur

Contoh: - Sungai Kedah membentuk Dataran Kedah

- Sungai Kelantan membentuk Dataran Kelantan

- Sungai Rajang membentuk Delta Rajang

Monday, April 12, 2010

Tanah Pamah

Kepentingan Kawasan Tanah Pamah

Terdapat beberapa kepentingan tanah pamah dan dataran di Malaysia iaitu:

  • Tumpuan Penduduk dan Petempatan
Ini kerana kebanyakan kegiatan ekonomi tertumpu di kawasan tanah pamah.
Contoh lokasi: Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.
  • Tapak Perindustrian
Contoh lokasi: Lembah Klang, Perai, Sandakan, Bintulu dan Likas.
  • Perlombongan
Kaya dengan sumber mineral seperti bijih timah.
Contoh lokasi: Lembah Kinta.
  • Pertanian
Penanaman Padi - tanih aluvium yang subur.
Contoh lokasi: Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Delta Rajang.
Penanaman Getah, Koko dan Kelapa Sawit - tanih laterit dan bersaliran baik.
Contoh lokasi: Dataran Johor
  • Jaringan Pengangkutan dan Perhubungan
Kos pembinaan yang lebih murah untuk membina jalan raya dan jalan kereta api.
Contoh lokasi: Kuala Lumpur, Tumpat, Johor Bahru.

Tanah Pamah

Tanah Pamah di Malaysia

  • Kawasan tanah pamah di negara kita terdiri daripada lembangan sungai, delta dan dataran pantai.
  • kawasan yang kurang daripada 180m
  • Definisi:-
  • Lembangan sungai - kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai serta cawangan-cawangannya
  • Delta - mendapan aluvium di muara sungai yang berbentuk segi tiga hasil daripada mendapan bahan-bahan hakisan
  • Dataran - kawasan rendah yang lebih luas. Biasanya rata dan kurang daripada 15m. Secara umum, dataran adalah sempit kerana banjaran gunung menganjur berhampiran dengan pantai.

Pinggir Laut

Bentuk Muka Bumi Pinggir Laut

Panjang pinggir laut Malaysia ialah kira-kira 4800 km.

Terdapat pelbagai benuk muka bumi di kawasan pinggir laut negara kita seperti tebing tinggi, tanjung, teluk, pantai, pulau dan pentas benua.


BENTUK MUKA BUMI DI KAWASAN PINGGIR LAUT

Pembentukan bentuk muka bumi fizikal di kawasan pinggir laut dikaitkan dengan proses hakisan dan pemendapan ombak.

Pantai


- terbentuk hasil pemendapan di pinggir laut



Teluk




- pinggir laut yang melengkung ke daratan dan terlindung daripada tiupan
angin kencang




Tebing tinggi



- daratan yang menghadap laut yang bercerun curam




Tanjung




- pinggir laut yang menganjur dari daratan

Gua



- lubang di tebing tinggi terbentuk akibat tindakan hakisan ombak


Gerbang Laut


- terbentuk apabila dua gua yang bertentangan bercantum akibat hakisan ombak


Batu Tunggul


- terbentuk apabila gerbang laut runtuh akibat hakisan ombak




Tunggul Sisa


- terbentuk apabila batu tunggul mengalami hakisan berterusan

Sumber: panitiageosmkbpja.blogspot.com
Buku Teks Geografi Tingkatan 1